Friday, 19 July 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Masih belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada ahli-ahli KESKIP yang mendirikan rumah tangga tahun ini iaitu En Mohd Fadzil bin Sahaluddin dan Puan Rusmini binti Mat Lazim.

1) Mohd Fadzil bin Sahaluddin dan pasangannya Maznee binti Mohamed

Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung pada 26 April 2013 diikuti Majlis Resepsi pada keesokan harinya di pihak pengantin perempuan di Selayang Capitol Complex. Majlis Resepsi di pihak lelaki pula berlangsung pada 12 Mei 2013 di Ulu Kinta, Ipoh,Perak.

Berikut saksikan gambar-gambar sepanjang hari bahagia mereka.





2) Rusmini binti Mat Lazim dan pasangannya Mohd Farid bin Amran

Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung pada 24 Mei 2013 diikuti Majlis Resepsi pada keesokan harinya di pihak pengantin perempuan di Senawang, Negeri Sembilan.

Berikut saksikan gambar-gambar "Raja Sehari" pasangan ini..






KESKIP dengan sukacitanya telah menyumbangkan  wang tunai sebanyak RM 50 kepada pasangan-pasangan pengantin sebagai sumbangan ikhlas bagi meraikan perkahwinan ahli-ahlinya.

Kepada Mohd Fadzil dan Maznee,Rusmini dan Mohd Farid, Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan diberkati Allah sentiasa.. 

Tahniah Atas Kelahiran Bayi!

Mungkin agak terlewat tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada ahli KESKIP Puan Saidaruza binti Shamsuddin atas kelahiran cahayamata kedua beliau. Comel kan?

Nama Bayi     : Muhammad Nur Imran
Tarikh Lahir   : 16 Februari 2013




Tuesday, 9 July 2013

SALAM RAMADHAN....

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan semoga kita semua diberikan kesabaran serta ketabahan dalam menjalaninya. Amin..


AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN: SELAMAT HARI LAHIR JULAI 2013



1.
EN. ZULKIPLI BIN CHE KASIM
07/07
2.
PN. TUMIJAH BINTI BAJURE
12/07
3.
EN. TAN TEONG MING
28/07






Thursday, 13 June 2013

Aktiviti Biro Sukan: SUKAN DALAMAN KESKIP 2013

PENGUMUMAN:

Biro Sukan KESKIP akan menganjurkan Sukan Dalaman yang akan bermula pada 19 Jun 2013.

Warga JMG khususnya ahli-ahli KESKIP dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah:-

1) Ping-Pong (Lelaki)
2) Dart (Lelaki & Wanita)
3) Carom (Lelaki & Wanita)
4) Congkak (Wanita)
5) Dam Ular (Lelaki & Wanita)

Sila daftarkan nama tuan/puan kepada Setiausaha Biro Sukan, En Afzanizam bin Ramlan atau En Nazaruddin bin Mokhtar sebelum atau pada 17 Jun 2013.