Thursday 12 December 2013

UCAPAN TAKZIAH



KESKIP merakamkan ucapan takziah kepada Pn Siti Rahmah binti Maamor di atas kematian suami tercinta pada tarikh 11.12.13 kira-kira jam 11.30 malam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Senawang, Seremban.

Sama-samalah kita mendoakan agar Roh Allahyarham Dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.  Al-Fatihah.  

Semuga Puan Siti Rahmah diberi kesabaran dan ketenangan di waktu ini serta tabah menghadapi dugaanNya.

Monday 9 December 2013

TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI




KESKIP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli seperti berikut:

1) Puan Norhazliza binti Mokhtar(Cahayamata Ketiga)

Nama Bayi     :  NUR HAYFA IFTINAN BINTI MOHD HERWAN

Tarikh Lahir   : 15 SEPTEMBER 2013

Tempat Lahir: HOSPITAL BESAR PERMAISURI BAINUN, IPOH

Berat              : 3.10 KG



Silakan cuci mata dengan gambar comel baby Puan Nurhazliza...


SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Masih belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada ahli KESKIP yang mendirikan rumah tangga tahun ini iaitu Puan Siti Rahmah binti Maamor dan pasangannya En Alwi bin Lateh.


Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung pada hari Ahad, 2 November 2013 diikuti Majlis Resepsi pada keesokan harinya di pihak pengantin perempuan di Kampung Simpang Tiga Gombak. Majlis Resepsi di pihak lelaki pula berlangsung pada 9 November 2013 di Taman Tasik Jaya, Seremban.

Berikut saksikan gambar-gambar sepanjang hari bahagia mereka.




AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN: SELAMAT HARI LAHIR DISEMBER 2013



DISEMBER 2013

1.
EN. MOHD FADZIL BIN SAHALUDDIN
02/12
2.
PN. MARINA BINTI MANSOR
03/12
3.
PN. ROSNI BINTI BOORHAN
21/12
4.
PN. NORLILA BINTI ARIPIN
23/12
5.
EN. ABD HALIM BIN HAMZAH
25/12
6.
EN. LOKMAN BIN MARNI
26/12
7.
EN AZRI BIN KAMARUDIN
29/12