Thursday 12 December 2013

UCAPAN TAKZIAH



KESKIP merakamkan ucapan takziah kepada Pn Siti Rahmah binti Maamor di atas kematian suami tercinta pada tarikh 11.12.13 kira-kira jam 11.30 malam. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Senawang, Seremban.

Sama-samalah kita mendoakan agar Roh Allahyarham Dicucuri Rahmat Allah dan ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.  Al-Fatihah.  

Semuga Puan Siti Rahmah diberi kesabaran dan ketenangan di waktu ini serta tabah menghadapi dugaanNya.

Monday 9 December 2013

TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI




KESKIP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli seperti berikut:

1) Puan Norhazliza binti Mokhtar(Cahayamata Ketiga)

Nama Bayi     :  NUR HAYFA IFTINAN BINTI MOHD HERWAN

Tarikh Lahir   : 15 SEPTEMBER 2013

Tempat Lahir: HOSPITAL BESAR PERMAISURI BAINUN, IPOH

Berat              : 3.10 KG



Silakan cuci mata dengan gambar comel baby Puan Nurhazliza...


SELAMAT PENGANTIN BARU!!

Masih belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada ahli KESKIP yang mendirikan rumah tangga tahun ini iaitu Puan Siti Rahmah binti Maamor dan pasangannya En Alwi bin Lateh.


Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung pada hari Ahad, 2 November 2013 diikuti Majlis Resepsi pada keesokan harinya di pihak pengantin perempuan di Kampung Simpang Tiga Gombak. Majlis Resepsi di pihak lelaki pula berlangsung pada 9 November 2013 di Taman Tasik Jaya, Seremban.

Berikut saksikan gambar-gambar sepanjang hari bahagia mereka.




AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN: SELAMAT HARI LAHIR DISEMBER 2013



DISEMBER 2013

1.
EN. MOHD FADZIL BIN SAHALUDDIN
02/12
2.
PN. MARINA BINTI MANSOR
03/12
3.
PN. ROSNI BINTI BOORHAN
21/12
4.
PN. NORLILA BINTI ARIPIN
23/12
5.
EN. ABD HALIM BIN HAMZAH
25/12
6.
EN. LOKMAN BIN MARNI
26/12
7.
EN AZRI BIN KAMARUDIN
29/12

Wednesday 13 November 2013

TAHNIAH ATAS KELAHIRAN BAYI



KESKIP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli seperti berikut:

1) Puan Mazita binti Manan  (Cahayamata Ketiga)

Nama : Muhammad Hafiyzul Hayy Bin Mohd Norazwan

Tarikh Lahir : 30 Julai 2013

Tempat Lahir: Hospital Ampang

Berat : 3.04 kg

Silakan cuci mata dengan gambar-gambar comel baby Puan Mazita...

Newborn

3 months old
 2) Puan Marlia binti Mamat (Cahayamata Ketiga)

Nama : Nurqaisara Khalilah binti Mohd Khairul

Tarikh Lahir : 4 Oktober 2013

Tempat Lahir: Hospital Serdang

Berat : 3.22 kg

Hanya Gambar Hiasan.. Bila dah dapat gambar baby Puan Marlia kami akan paparkan di sini.




Majlis Makan Malam KESKIP 2013

Majlis Makan Malam KESKIP telah dianjurkan dengan jayanya pada tarikh 6 Julai 2013. Majlis ini turut diraikan bersama Majlis Persaraan Staff JMG Ibu Pejabat 2013.

Tempat berlangsungnya Majlis Gilang Gemilang ini adalah di Dewan Putra 1, Hotel Putra, Kuala Lumpur.

Jam 8.00 malam menyaksikan ketibaan tetamu yang rata-ratanya berpakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu "Color Block".





Friday 1 November 2013

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN: SELAMAT HARI LAHIR NOVEMBER 2013



NOVEMBER 2013


PN. RUKIAH BINTI ALI AMAT
01/11
PN. MARLIA BINTI MAMAT
12/11
PN. HAJIAH BINTI MOSLINI
18/11
EN. ZAKARIA BIN HUSSAIN
25/11
PN. SENORITA JOSEPH
26/11

Thursday 31 October 2013

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN: SELAMAT HARI LAHIR OKTOBER 2013



OKTOBER 2013

CIK. RUSMINI BINTI MAT LAZIM
1/10
EN. ZAIDI BIN DAUD
2/10
EN. MOHD ZULKIFLEE BIN CHE SOH
9/10
EN. MOHD ANUAR BIN ISHAK
9/10
PN. MAZITA BINTI MANAN
10/10
PN. FARAH LISA BINTI GHAZALI
17/10
EN. AZIZAN BIN ALI
17/10
PN. SHAHRIDA BINTI AHMAD BASRI
19/10
EN. MOHD ZA`IM BIN ABDUL WAHAB
21/10
PN. NORHAFIZAH BINTI ABD RAZAK
22/10
PN. MARIA BINTI KAZALY
22/10
PN. UMMI DAEIMAH BINTI HUSIN
25/10
EN. ZAINAL BINTI HUSIN
31/10

Tuesday 24 September 2013

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN: SELAMAT HARI LAHIR SEPTEMBER & OGOS 2013


SEPTEMBER 2013 

BIL

NAMA PENERIMA

TARIKH LAHIR
1.
PN.MAIMUNAH BINTI MUSTAKIM
06/9
2.
Y.BHG DATO` YUNUS BIN ABD RAZAK
12/9
3.
EN. MOHAMMED HATTA BIN ABD KARIM
25/9
4.
EN. MOHAMAD KAMAL BIN MOHAMED ALI
29/9

OGOS 2013


BIL

NAMA PENERIMA

TARIKH LAHIR
1.
HAMADI CHE HARUN
1/8
2.
VIJAYA RANI NAIDU
4/8
3.
HUSIN NASIR
5/8
4.
MOHAMAD PAUZI ABDULLAH
10/8
5.
MOHD BADZRAN MAT TAIB
15/8
6.
SAZALI KHAIRUDDIN
20/8
7.
LIMAH@SARIMAH BINTI BAADA
24/8
8.
MOHD SAUFI ABDUL WAHAB
29/8


Monday 29 July 2013

Aktiviti Biro Sosial-Lawatan Sambil Belajar ke Emy Cookies

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG IKS DI LEMBAH KLANG, SELANGOR

Sukacita dimaklumkan sempena Aidilfitri yang akan menjelang tiba, KESKIP  dan PUSPANITA telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke kilang IKS (membuat produk berasaskan makanan). Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada ahli KESKIP dan PUSPANITA  bagaimana proses pembuatan biskut, kek dan kerepek dijalankan dengan lebih mendalam sekaligus memberi peluang kepada ahli untuk membeli produk makanan tersebut.

Lawatan ini telah diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh              :           27 Julai 2013 (Sabtu)

Masa               :           9.00 pagi

Tempat            :           EMY COOKIES & FOODS
                                   112, Jalan Bukit Kuda, Kampung Kuantan, 41300 Klang, Selangor D E






Aktiviti Biro Kebajikan: Pemberian Kurma Sempena Ramadhan



Pada 22 Julai 2013, sempena Ramadhan Al-Mubarak 1434H, KESKIP telah mengedarkan kurma untuk setiap warga JMG. Aktiviti ini adalah acara tahunan Biro Kebajikan. 

Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.

Semoga mendapat keberkatan dan semoga tabah menjalankan ibadah puasa yang tinggal 10 hari terakhir ini... 

Friday 19 July 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU!!!

Masih belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada ahli-ahli KESKIP yang mendirikan rumah tangga tahun ini iaitu En Mohd Fadzil bin Sahaluddin dan Puan Rusmini binti Mat Lazim.

1) Mohd Fadzil bin Sahaluddin dan pasangannya Maznee binti Mohamed

Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung pada 26 April 2013 diikuti Majlis Resepsi pada keesokan harinya di pihak pengantin perempuan di Selayang Capitol Complex. Majlis Resepsi di pihak lelaki pula berlangsung pada 12 Mei 2013 di Ulu Kinta, Ipoh,Perak.

Berikut saksikan gambar-gambar sepanjang hari bahagia mereka.





2) Rusmini binti Mat Lazim dan pasangannya Mohd Farid bin Amran

Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung pada 24 Mei 2013 diikuti Majlis Resepsi pada keesokan harinya di pihak pengantin perempuan di Senawang, Negeri Sembilan.

Berikut saksikan gambar-gambar "Raja Sehari" pasangan ini..






KESKIP dengan sukacitanya telah menyumbangkan  wang tunai sebanyak RM 50 kepada pasangan-pasangan pengantin sebagai sumbangan ikhlas bagi meraikan perkahwinan ahli-ahlinya.

Kepada Mohd Fadzil dan Maznee,Rusmini dan Mohd Farid, Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan diberkati Allah sentiasa.. 

Tahniah Atas Kelahiran Bayi!

Mungkin agak terlewat tapi masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada ahli KESKIP Puan Saidaruza binti Shamsuddin atas kelahiran cahayamata kedua beliau. Comel kan?

Nama Bayi     : Muhammad Nur Imran
Tarikh Lahir   : 16 Februari 2013




Tuesday 9 July 2013

SALAM RAMADHAN....

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa dan semoga kita semua diberikan kesabaran serta ketabahan dalam menjalaninya. Amin..


AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN: SELAMAT HARI LAHIR JULAI 2013



1.
EN. ZULKIPLI BIN CHE KASIM
07/07
2.
PN. TUMIJAH BINTI BAJURE
12/07
3.
EN. TAN TEONG MING
28/07






Thursday 13 June 2013

Aktiviti Biro Sukan: SUKAN DALAMAN KESKIP 2013

PENGUMUMAN:

Biro Sukan KESKIP akan menganjurkan Sukan Dalaman yang akan bermula pada 19 Jun 2013.

Warga JMG khususnya ahli-ahli KESKIP dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Acara-acara yang dipertandingkan ialah:-

1) Ping-Pong (Lelaki)
2) Dart (Lelaki & Wanita)
3) Carom (Lelaki & Wanita)
4) Congkak (Wanita)
5) Dam Ular (Lelaki & Wanita)

Sila daftarkan nama tuan/puan kepada Setiausaha Biro Sukan, En Afzanizam bin Ramlan atau En Nazaruddin bin Mokhtar sebelum atau pada 17 Jun 2013.


Wednesday 5 June 2013

SAVE THE DATE!:MAJLIS MAKAN MALAM KESKIP 2013

MAJLIS MAKAN MALAM KESKIP 
MERAIKAN PERSARAAN PEGAWAI JMG 
(IBU PEJABAT) 2013


TARIKH: 6 JULAI 2013 (SABTU)


TEMPAT: HOTEL PUTRA, KL