Wednesday 29 August 2012

Aktiviti Biro Sukan-Pertandingan Bowling

Sukacita dimaklumkan bahawa satu Pertandingan Bowling antara Bahagian anjuran bersama KESKIP dan PUSPANITA akan diadakan pada 16 September 2012.

Pertandingan tersebut akan diadakan di MINES PLAY @ ZONE WONDER BOWL bertempat di The Mines, Seri Kembangan bermula jam 10.00 Pagi.

Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RM10 seorang.

Rebutlah peluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.

Sila berhubung dengan Setiausaha Biro Sukan, En Afzanizam Ramlan / En Nazaruddin Mokhtar untuk pendaftaran atau pertanyaan.

Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 14 September 2012.


Jamuan Hari Raya 2012


Y. Bhg Dato'/ Tuan/ Puan,

Seperti sedia maklum, Cawangan PPO dengan kerjasama Unit Pentadbiran dan KESKIP akan mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan, Jamuan Hari Raya Aidilfitri dan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Ibu Pejabat JMG seperti berikut:

Tarikh: 30 Ogos 2012/ 11 Syawal 1433 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Nilam, Tingkat 22, Ibu Pejabat Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, K. Lumpur

2. Sehubungan dengan ini, Y.Bhg Dato'/ Tuan/ Puan adalah sukacitanya dijemput hadir ke majlis tersebut.

3. Pemakaian pakaian Hari Raya adalah dialu-alukan.

4. Semoga kehadiran Y.Bhg Dato'/ Tuan/ Puan dapat memeriahkan lagi majlis dan mengeratkan silaturrahim.


Sekian terima kasih

(Sumber dari email Puan Siti Aminah Abdul Sarif)

MESYUARAT KESKIP BIL. 3/2012


Mesyuarat KESKIP Bil. 3/2012 telah bersidang pada 28 Ogos 2012 (Selasa) Jam 9.00 Pagi di Bilik Delima, Lantai 21, JMG Ibu Pejabat.

MESYUARAT KESKIP BIL 2/2012


Mesyuarat KESKIP Bil. 2/2012 telah bersidang pada 25 Julai 2012 (Rabu) Jam 2.30 Petang di Bilik Delima, Lantai 21, JMG Ibu Pejabat.

Tahniah atas kelahiran bayi!!


KESKIP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Puan Marina binti Mansor  & Suami (Cahayamata Ketiga)

Nama Bayi     : Aieyra Mecca binti Mohd Adli
Tarikh Lahir   : 28 Ogos 2012
Tempat Lahir  : Hospital Johor
Berat              : 3.28 kg

Selamat menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan selamat berpantang!

Tuesday 28 August 2012

Aktiviti Biro Kebajikan-Kutipan Sumbangan Ikhlas


KESKIP melalui Biro Kebajikan telah melancarkan tabung kutipan sumbangan ikhlas kepada Institut/Masjid/Surau/Pertubuhan/Yayasan yang memerlukan. Hasil kutipan dari ahli-ahli dan sumbangan dari KESKIP telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM1,200.

Berikut adalah senarai penerima sumbangan:-

1) Institut Penyelidikan Islam dan Tahfiz Al-Quran (ABADA) Kupang Baling, Kedah
    RM 300

2) Surau Hidayatul Mustaqim Selayang Baru, Batu Caves, Selangor
    RM 300

3) Masjid Al-Mustaqim, Taman Nirwana, Ampang, Selangor
    RM 300

4) Asrama Darul Fallah Perkim (ASDAF) Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, KL
    RM 300


Semoga sumbangan tuan/puan diberkati dan mendapat ganjaran daripada Allah SWT seperti dijanjikan-Nya dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 261 yang maksudnya:

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

Segala kerjasama tuan/puan diucapkan jazakallahukhairan kathira dan sama-sama kita berdoa agar usaha kita dipermudahkan oleh Allah SWT dan mendapat keredhaan-Nya.

Thursday 16 August 2012

SALAM LEBARAN


SUNGAI DISUSUR SEHARI-HARI
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN
KAMI MENYUSUN SEPULUH JARI
SALAH DAN SILAP HARAP MAAFKAN

Di kesempatan ini, Pengerusi dan semua Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat (sesi 2012/2013), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga ibu pejabat JMG.

Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya. Semoga sampai ke destinasi dengan selamat.

Semoga Aidilfitri yang bakal menjelang ini membawa seribu makna kepada kalian semua...

Selamat Bercuti!!



Thursday 9 August 2012

Tahniah atas kelahiran Bayi!!!


Tahun ini menyaksikan ramai ahli-ahli KESKIP yang melahirkan cahaya mata.

KESKIP mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada ahli-ahli seperti berikut:

1) Puan Nazatul Shima Ismail & En Mohd Saufi Abd Wahab (Cahayamata Pertama)

Nama Bayi     : Qaseh Nur Aina binti Mohd Saufi
Tarikh Lahir   : 29 Jun 2012
Tempat Lahir  : Hospital Ampang
Berat              : 2.9 kg

2) Puan Farah Lisa Ghazali & Suami (Cahayamata Ketiga)

Nama Bayi     : Laurent Ahmad Zafran bin Muhd Lutfi
Tarikh Lahir   : 11 Julai 2012
Tempat Lahir  : Hospital Pakar Al Islam, Kg. Baru
Berat              : 2.8 kg

3) Puan Hajiah Moslini & Suami (Cahayamata Kedua)

Nama Bayi     : Hayqel bin Romzi
Tarikh Lahir   : 22 Julai 2012
Tempat Lahir  : Hospital Umum Kuching
Berat              : 1.9 kg



Semoga anak-anak menjadi penyejuk mata ibu dan bapa, membesar menjadi anak-anak soleh dan solehah yang berbakti kepada keduanya dan agama. Aminn.


Aktiviti Biro Sosial-Lawatan Sambil Belajar ke Emy Cookies


Sukacita dimaklumkan bahawa KESKIP telah mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Kilang IKS (berasaskan produk kuih raya) di Klang, Selangor pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

     Tarikh  : 28 Julai 2012 (Sabtu)
     Masa    : 9.00 pagi
     Tempat : Klang, Selangor. 

Rombongan diketuai oleh Setiausaha Biro Sosial, Puan Shahrida binti Ahmad Basri.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar aktiviti lawatan sambil belajar tersebut.




























Tuesday 7 August 2012

AHLI BARU KESKIP TAHUN 2012

Berikut adalah ahli-ahli yang telah menyertai KESKIP untuk tahun ini..

1) Hajiah binti Moslini
2) Mazita binti Manan
3) Saidaruza binti Shamsuddin
4) Marlia binti Mamat
5) Azemi bin Eki

Selamat Menyertai KESKIP dan semoga keahlian ini dapat memberi pelbagai manfaat kepada anda..

Thursday 2 August 2012

Selamat Pengantin Baru!!!


Masih belum terlewat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada ahli-ahli KESKIP yang mendirikan rumah tangga tahun ini iaitu En Mohd Idris bin Md Sin dan Puan Shahrida binti Ahmad Basri. Majlis pernikahan pasangan ini telah berlangsung pada 3 Mac 2012 diikuti Majlis Resepsi pada keesokan harinya di kediaman pengantin perempuan di Hulu Langat. Majlis Resepsi di pihak lelaki pula berlangsung pada 10 Mac 2012 di Muar, Johor.

KESKIP dengan sukacitanya telah menyumbangkan  wang tunai sebanyak RM 50 kepada pasangan pengantin sebagai sumbangan ikhlas bagi meraikan perkahwinan ahli-ahlinya. Ini adalah sumbangan kali pertama dari KESKIP untuk ahli yang melangsungkan perkahwinan.

Kepada Mohd Idris dan Shahrida, Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia dan diberkati Allah sentiasa..