Seulas Pinang


Perutusan Pengerusi Kelab

Selaku Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (KESKIP) untuk tahun 2012-2014, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan sekalung tahniah dan pujian kepada para Ahli Jawatankuasa (AJK) yang telah berjaya mengujudkan laman blog kelab buat julung kalinya.

Sesungguhnya laman blog KESKIP ini dapat memberikan maklumat terkini mengenai segala aktiviti yang dirancang dan telah berjaya dilaksanakan. Disamping itu dapat juga memuat turun gambar semasa aktiviti dijalankan. Secara tidak langsung dengan ujudnya blog ini akan mengeratkan lagi hubungan silaturahim yang sudah terjalin dan menjaga kebajikan di kalangan ahli.

Akhir sekali bagi pihak AJK, saya mengalu-alukan idea bernas, pandangan dan komen daripada semua ahli KESKIP dalam mempertingkatkan maklumat yang ingin dikongsi bersama. Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut bolehlah menghubungi pihak AJK. Selamat melayari blog KESKIP.

Sekian, Wassalam.
MOHAMAD BIN ABD MANAP
Pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan
Kelab Sukan dan Kebajikan Ibu Pejabat, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (KESKIP)

No comments:

Post a Comment