Thursday 1 November 2012

AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN: PROGRAM IBADAH KORBAN

Sukacita dimaklumkan bahawa KESKIP di bawah Unit Kebajikan telah berjaya menganjurkan Program Ibadah Korban Untuk 1433H pada 27 Oktober 2012 jam 9.00 pagi di Apartment Seri Cempaka, Seksyen 16, Bangi. KESKIP memilih lokasi ini kerana ramai penduduk yang berpendapatan rendah menetap di sini dan ianya amat sesuai untuk pemberian daging korban.

Istimewanya Program ini kerana jurusembelihnya adalah TKP (KEM), Tn. Hj. Mustapha bin Mohd Lip.Selain beliau, turut hadir adalah Pengerusi KESKIP, En. Mohamad bin Abd Manap, Naib Pengerusi KESKIP, En. Azizan bin Ali dan Biro Kebajikan, En. Husin bin Nasir.

Insyaallah, Program Ibadah Korban ini akan diteruskan pada masa akan datang dan dijadikan acara tahunan KESKIP. Sesiapa yang berminat untuk menyertai pada tahun depan, boleh menghubungi Biro Kebajikan, En. Ezhazizi bin Adnan.

Berikut disertakan gambar-gambar sepanjang program untuk tatapan semua.