Info Biro


SETIAUSAHA SUKAN
Setiausaha Sukan adalah bertanggungjawab:
1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Jawatankuasa di atas semua perkara yang
berkaitan dengan sukan.
2. Mengelola dan menyelaraskan semua kegiatan sukan.
3. Menyediakan anggaran-anggaran perbelanjaan sukan untuk tahunan.
4. Melantik Jawatankuasa Kecil untuk menolong di dalam pertimbangan dan/atau
pengurusan perkara-perkara mustahak apabila perlu.
5. Menyimpan dengan lengkapnya inventori semua alat-alat sukan.
6. Mengawas seluruhnya tentang penggunaan semua alat-alat sukan.
7. Bertanggungjawab di atas kelakuan dan tatatertib ahli-ahli yang mengambil bahagian
dalam sukan.
8. Mengurus dan menyelenggarakan segala pertandingan sukan.
9. Menyedia dan membentangkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Kecil pada
mesyuarat Jawatankuasa Kelab.

SETIAUSAHA KEBAJIKAN
Setiausaha Kebajikan adalah bertanggungjawab:
1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Jawatankuasa di atas semua perkara yang
berkaitan dengan kebajikan.
2. Mengelola dan menyelaraskan semua kegiatan kebajikan.
3. Menyediakan anggaran-anggaran perbelanjaan kebajikan untuk tahunan.
4. Melantik Jawatankuasa Kecil untuk menolong di dalam pertimbangan dan/atau
pengurusan perkara-perkara mustahak apabila perlu.
5. Bekerja rapat dengan Setiausaha Kelab.
6. Menyedia dan membentangkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Kecil pada
mesyuarat Jawatankuasa Kelab.
7. Mengatur dan memberi pendidikan rohani menerusi Agama.
8. Mengelolakan tabung kebajikan untuk ahli-ahli.

SETIAUSAHA SOSIAL
Setiausaha Kebajikan adalah bertanggungjawab:
1. Bertanggungjawab kepada Pengerusi dan Jawatankuasa di atas semua perkara yang
berkaitan dengan sosial.
2. Mengelola dan menyelaraskan semua kegiatan sosial.
3. Menyediakan anggaran-anggaran perbelanjaan sosial untuk tahunan.
4. Melantik Jawatankuasa Kecil untuk menolong di dalam pertimbangan dan/atau
pengurusan perkara-perkara mustahak apabila perlu.
5. Bekerja rapat dengan Setiausaha Kelab.
6. Menyedia dan membentangkan minit-minit mesyuarat Jawatankuasa Kecil pada
mesyuarat Jawatankuasa Kelab.


No comments:

Post a Comment